Adakah kamu rasa pembelajaran secara PJJ lebih senang berbanding dengan fulltime?

30 November 2011


Refleksi Makropengajaran Sains Tahun 6 Merah Yang dijalankan pada 14.02.2011

PENGENALAN

            Hari ini saya  menjalankan  eksperimen tentang kelajuan iaitu dalam tajuk Daya Dan Gerakan setelah mereka memperlajari jarak ditetapkan dan cara pergerakan menentukan masa yang tiba di destinasi.

KEKUATAN

            Saya dapat mengawal displin kelas sebelum,semasa dan selepas eksperimen.  saya telah beri arahan yang cukup jelas sebelum mulanya eksperimen. Saya juga membahagikan kumpulan supaya kesemua murid dapat menjalankan. Kesemua murid patut arahan saya.

KELEMAHAN

            Saya menggunakan masa yang lebih untuk menyiapkan eksperimen ini. Saya jangka boleh siap dalam masa 30 minit,akan tetapi,saya menggunakan masa lebih 10 minit daripada itu kerana terlupa untuk mengira masa bagi mereka (murid-murid) rehat setelah menjalankan eksperimen di padang.

LANGKAH MENGATASI 

            Jika ada eksperimen yang serupa dengan perlu turun ke padang atau perlu dijalankan di luar makmal, saya akan memasukan masa untuk beratur,pergi dan balik serta masa rehat bagi murid-murid supaya tidak menjejaskan kelas yang selepas kelas saya.

Murid A menggunakan cara lari manakala murid B gunakan cara jalan kaki membezakan masa sampai ke destinasi.

29 November 2011


Refleksi Makropengajaran Sains Tahun 6 Merah Yang Dijalankan Pada 03.01.2011

PENGENALAN

            Saya telah menjalankan rancangan pengajaran Sains ini di kelas saya iaitu kelas 6 Merah. Dalam kelas ini terdapat 26 orang murid. Sebelum menjalankan pengajaran dan pembelajaran ini, saya menunjukkan beberapa keeping gambar untuk menarik perhatian mereka. Seterus itu saya guna teknik soal jawab untuk memulakan pengajaran saya iaitu membincangkan interaksi antara hidupan dan menerangkan persaingan adalah satu interaksi.

KEKUATAN

            Saya berjaya menjelaskan konsep interaksi dengan menggunakan kaedah soal jawab dan juga simulasi. Saya melibatkan murid secara aktif dalam pengajaran saya dan mereka lebih seronok dan mudah faham akan konsep yang saya ajar.

KELEMAHAN

            Suara yang agak bising dan telah menjejaskan proses pembelajaran dan pelajaran di kelas sebelah adalah kelemahan saya kerana tidak dapat mengawal displin murid-murid. Selain itu, semasa menjalankan simulasi, arahan saya tidak cukup jelas menyebabkan ada dua tiga orang murid tidak faham akan arahan saya.

LANGKAH MENGATASI 

            Saya akan menuliskan arahan saya pada kertas mah-jong atau menggunakkan computer untuk papar di screen pada kelas akan datang dan bukan secara lisan sahaja. Saya percaya dengan tulisan yang cukup besar dapat membantu saya dalam memberi arahan dan seterusnya memudahkan pengajaran saya di kelas 6M.