Adakah kamu rasa pembelajaran secara PJJ lebih senang berbanding dengan fulltime?

18 Disember 2011



PENGENALAN

            Hari ini saya mengajar karangan. Saya menggunakan teknik soal jawab untuk membolehkan murid mencari isi untuk karangan yang bertajuk “satu kemalangan”. Saya juga menggalakkan murid supaya menulis karangan dengan isi yang difikirkan sendiri untuk meperolehi markah yang lebih.

KEKUATAN

            Saya pandai menggunakan soal jawab untuk membantu murid mendapatkan isi yang bertajuk ‘satu kemalangan’. Saya menggunakan kaedah ini disebabkan kebanyakkan murid tidak tahu bagamana hendak menulis karangan yang sedemikian. Dengan sesi soal jawab,maka murid mempunyai isi yang cukup untuk menulis karangan.

KELEMAHAN

            Saya rasa kali ini saya tiada apa-apa kelemahan kerana saya mendapati kesemua murid termasuklah murid yang paling lemah juga dapat menulis karangan ini. 

LANGKAH MENGATASI 

            Tiada.

11 Disember 2011



PENGENALAN

            Hari ini saya akan mengajar kelas satu tentang “Menghargai pelbagai tumbuhan di sekeliling kita”. Saya akan meminta murid menaakul apakah akan berlaku jika hanya terdapat sejenis tumbuhan sahaja di dunia ini.

KEKUATAN

            Saya kali ini membawa murid-murid keluar dari bilik darjah untuk terus menikmati pelbagai jenis tumbuhan di sekeliling sekolah. Selain itu,semasa mengajar,saya juga menerapkan nilai-nilai sayang akan benda-benda di sekeliling kita untuk mencipta satu kawasan yang selesa ditinggal.

KELEMAHAN

            Terdapat dua orang murid suka berlari-lari semasa di luar bilik darjah dan perlu saya sentiasa mengingat kembali peraturan yang telah saya tetapkan sebelum keluar dari bilik darjah. Suara mereka terlalu bising semasa di luar bilik darjah. 

LANGKAH MENGATASI 

            Saya akan meminta murid yang “aktif” mengikut di sisi saya pada kali akan datang supaya saya dapat mengkawal mereka agar displin dapat dikawal. Selain itu,saya juga akan menegaskan peraturan semasa di luar bilik darjah untuk mengelakkan kebisingan murid menjejaskan kelas lain.

10 Disember 2011



PENGENALAN
            Hari ini saya  menjalankan  pengajaran subjek Matematik di kelas lima Kuning dengan tajuk “masa”, sebelum memulakan pengajaran saya,saya telah membawa masuk satu jam dinding yang sudah rosak untuk memudahkan penarangan satu kepada murid format jam.

KEKUATAN
            Penjelasan saya jelas dan ringkas memudahkan kefahaman murid. Saya juga menggunakan jam dinding yang rosak membantu saya semasa saya membuat penerangan sambil memutarkan jam pendek, ini membolehkan murid yang lemah juga dapat memahami konsep dan format masa iaitu 12 jam dan 24 jam.  Saya berjaya mengajar topik ini kerana selepas saya memberikan kerja latihan, 19 daripada 19 semua dapat menjawab.

KELEMAHAN
            Masa tidak cukup bagi mereka menyiapkan latihan kerana saya menggunakan masa untuk memberi 5 orang murid keluar untuk menunjukkan jam dinding dan putarkan jam mengikut masa yang ditentukan murid-murid lain.  

LANGKAH MENGATASI 
            Saya akan mengawal masa aktiviti-aktiviti pengayaan bagi membolehkan mereka mempunyai masa yang cukupi untuk menjawap latihan saya.

06 Disember 2011



PENGENALAN

            Hari ini saya  menjalankan  mikropengajaran pada tajuk “Putrajaya”, sebelum memulakan pengajaran saya,saya telah menunjukkan beberapa eeping gambar yang coraknya unik kepada pelajar saya untuk set induksi.

KEKUATAN

            Saya dapat menggunakan computer dan projector untuk tayangkan gambar yang berwarna untuk menarik perhatian murid. Selain itu,saya juga dapat melayari internet untuk memaparkan informasi tentang Putrajaya seperti bilangan penduduk dan sebagainya..

KELEMAHAN

            Saya menggunakan masa yang agak lama untuk buka projector menyebabkan murid terpaksa menunggu untuk melihat gambar. Saya juga memerhati pegerakan kecil saya banyak, ini akan mengurangkan keberkesanan pengajaran saya.

LANGKAH MENGATASI 

            Saya akan melatih seorang murid untuk menghidupkan projector dahulu jika perlu digunapakai seminit sebelum memasukki kelas, ini dapat mengurangkan masa untuk murid tertunggu-tunggu dan jimatkan masa untuk terus mangajar. Selain, pergerakan kecil saya akan dikurangkan agar murid dapat menumpulkan perhatian sepenuhnya untuk mempelajari sesuatu topic yang baru.