Adakah kamu rasa pembelajaran secara PJJ lebih senang berbanding dengan fulltime?

30 November 2011


Refleksi Makropengajaran Sains Tahun 6 Merah Yang dijalankan pada 14.02.2011

PENGENALAN

            Hari ini saya  menjalankan  eksperimen tentang kelajuan iaitu dalam tajuk Daya Dan Gerakan setelah mereka memperlajari jarak ditetapkan dan cara pergerakan menentukan masa yang tiba di destinasi.

KEKUATAN

            Saya dapat mengawal displin kelas sebelum,semasa dan selepas eksperimen.  saya telah beri arahan yang cukup jelas sebelum mulanya eksperimen. Saya juga membahagikan kumpulan supaya kesemua murid dapat menjalankan. Kesemua murid patut arahan saya.

KELEMAHAN

            Saya menggunakan masa yang lebih untuk menyiapkan eksperimen ini. Saya jangka boleh siap dalam masa 30 minit,akan tetapi,saya menggunakan masa lebih 10 minit daripada itu kerana terlupa untuk mengira masa bagi mereka (murid-murid) rehat setelah menjalankan eksperimen di padang.

LANGKAH MENGATASI 

            Jika ada eksperimen yang serupa dengan perlu turun ke padang atau perlu dijalankan di luar makmal, saya akan memasukan masa untuk beratur,pergi dan balik serta masa rehat bagi murid-murid supaya tidak menjejaskan kelas yang selepas kelas saya.

Murid A menggunakan cara lari manakala murid B gunakan cara jalan kaki membezakan masa sampai ke destinasi.

1 ulasan:

  1. saya sengaja memilih murid yang badannya besar sikit untuk memberikan dia peluang untuk senaman.

    BalasPadam