Adakah kamu rasa pembelajaran secara PJJ lebih senang berbanding dengan fulltime?

18 Disember 2011



PENGENALAN

            Hari ini saya mengajar karangan. Saya menggunakan teknik soal jawab untuk membolehkan murid mencari isi untuk karangan yang bertajuk “satu kemalangan”. Saya juga menggalakkan murid supaya menulis karangan dengan isi yang difikirkan sendiri untuk meperolehi markah yang lebih.

KEKUATAN

            Saya pandai menggunakan soal jawab untuk membantu murid mendapatkan isi yang bertajuk ‘satu kemalangan’. Saya menggunakan kaedah ini disebabkan kebanyakkan murid tidak tahu bagamana hendak menulis karangan yang sedemikian. Dengan sesi soal jawab,maka murid mempunyai isi yang cukup untuk menulis karangan.

KELEMAHAN

            Saya rasa kali ini saya tiada apa-apa kelemahan kerana saya mendapati kesemua murid termasuklah murid yang paling lemah juga dapat menulis karangan ini. 

LANGKAH MENGATASI 

            Tiada.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan