Adakah kamu rasa pembelajaran secara PJJ lebih senang berbanding dengan fulltime?

11 Disember 2011



PENGENALAN

            Hari ini saya akan mengajar kelas satu tentang “Menghargai pelbagai tumbuhan di sekeliling kita”. Saya akan meminta murid menaakul apakah akan berlaku jika hanya terdapat sejenis tumbuhan sahaja di dunia ini.

KEKUATAN

            Saya kali ini membawa murid-murid keluar dari bilik darjah untuk terus menikmati pelbagai jenis tumbuhan di sekeliling sekolah. Selain itu,semasa mengajar,saya juga menerapkan nilai-nilai sayang akan benda-benda di sekeliling kita untuk mencipta satu kawasan yang selesa ditinggal.

KELEMAHAN

            Terdapat dua orang murid suka berlari-lari semasa di luar bilik darjah dan perlu saya sentiasa mengingat kembali peraturan yang telah saya tetapkan sebelum keluar dari bilik darjah. Suara mereka terlalu bising semasa di luar bilik darjah. 

LANGKAH MENGATASI 

            Saya akan meminta murid yang “aktif” mengikut di sisi saya pada kali akan datang supaya saya dapat mengkawal mereka agar displin dapat dikawal. Selain itu,saya juga akan menegaskan peraturan semasa di luar bilik darjah untuk mengelakkan kebisingan murid menjejaskan kelas lain.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan