Adakah kamu rasa pembelajaran secara PJJ lebih senang berbanding dengan fulltime?

10 Disember 2011



PENGENALAN
            Hari ini saya  menjalankan  pengajaran subjek Matematik di kelas lima Kuning dengan tajuk “masa”, sebelum memulakan pengajaran saya,saya telah membawa masuk satu jam dinding yang sudah rosak untuk memudahkan penarangan satu kepada murid format jam.

KEKUATAN
            Penjelasan saya jelas dan ringkas memudahkan kefahaman murid. Saya juga menggunakan jam dinding yang rosak membantu saya semasa saya membuat penerangan sambil memutarkan jam pendek, ini membolehkan murid yang lemah juga dapat memahami konsep dan format masa iaitu 12 jam dan 24 jam.  Saya berjaya mengajar topik ini kerana selepas saya memberikan kerja latihan, 19 daripada 19 semua dapat menjawab.

KELEMAHAN
            Masa tidak cukup bagi mereka menyiapkan latihan kerana saya menggunakan masa untuk memberi 5 orang murid keluar untuk menunjukkan jam dinding dan putarkan jam mengikut masa yang ditentukan murid-murid lain.  

LANGKAH MENGATASI 
            Saya akan mengawal masa aktiviti-aktiviti pengayaan bagi membolehkan mereka mempunyai masa yang cukupi untuk menjawap latihan saya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan